Auto Added by WPeMatico

PERHITUNGAN antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini dijangka mencipta sentimen tambahan buat penyokong kedua-dua pasukan.
Kualiti yang dibawa Nidzam Jamil bersama NSFC menjadikan perlawanan kali ini lebih menarik memandangkan sebelum ini Selangor mengambil keputusan menerima peletakan jawatan jurulatih itu sebagai pengendali The Red Giants.
Walaupun Alex Agyarkwa tidak boleh bermain menentang Selangor, pembaharuan yang cuba dibawa pasukan itu juga akan menjadi perhatian utama memandangkan pemain itu sekali lagi menyerlahkan kualitinya bersama NSFC.
“Saya tidak pasti, Alex pun tidak boleh bermain menentang Selangor tetapi saya sudah berikan minit permainan kepada An Sang-su, jadi saya fikir dia sudah dapat momentum.
“Memperoleh keputusan yang baik adalah bagus untuk kami berdepan salah satu pasukan terbaik di Malaysia.
“Tetapi kami masih ada kerja rumah dan saya rasa kami perlu bermain lebih baik lagi. Saya cuba jadikan pasukan ini sebagai pasukan yang dibanggakan semua orang di Negeri Sembilan.
“Itu sasaran saya dan saya harap setiap minggu jumlah penyokong akan bertambah. Namun, kami juga perlu memberikan persembahan dan keputusan yang terbaik,” kata Nidzam.
Walaupun Selangor mendapat sentuhan Katsuhito Kinoshi, kekuatan yang ada pada bekas majikan itu pasti sudah ada dalam fikiran Nidzam kerana beliau cukup mengenali beberapa tonggak penting lawan seperti Faisal Halim, Nooa Laine, Noor Al Rawabdeh, Quentin Cheng dan Sharul Nazeem Zulpakar. – KOSMO! ONLINE
The post Pertemuan ‘reunion’ Nidzam, Selangor appeared first on Kosmo Digital.