Auto Added by WPeMatico

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengaku dia terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan anak lelakinya buat kali kedua kerana serangan misil Iran, lapor portal berita The Guardian semalam.
Netanyahu berkata, tunang kepada anak lelakinya juga kecewa apatah isterinya sendiri, Sara.
“Setiap daripada kami menanggung kos peribadi dan keluarga saya tidak terkecuali,” kata Netanyahu di Hospital Soroka di Beer Sheva yang terkena peluru berpandu Iran semalam.
Perkahwinan anak Netanyahu itu, Avner pertama kali dijadualkan pada bulan November tahun lalu.
Namun, ia terpaksa ditangguhkan atas sebab keselamatan dan ia kemudian dijadualkan berlangsung pada Isnin lalu.
Laporan bahawa Netanyahu akan mengambil cuti beberapa hari untuk majlis itu mungkin menyebabkan Iran tidak menyangka Israel melancarkan serangan pada pagi Jumaat minggu lalu.
Kenyataan perdana menteri itu mendapat komen negatif daripada seorang wakil rakyat daripada Parti Demokrat, Gilad Kariv yang menggelar Netanyahu sebagai narsisis atau pemuja diri tanpa sempadan.
Dia turut mengkritik kenyataan Netanyahu bahawa isterinya yang terkenal kerana cita rasa yang mahal adalah seorang wirawati ketika Iran menyerang Israel. – AGENSI
The post Netanyahu sedih, terpaksa tangguh anak kahwin kerana serangan Iran appeared first on Kosmo Digital.