Auto Added by WPeMatico

![]()
BUKIT KAYU HITAM – Rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai, Thailand bimbang apabila sehingga kini tiada operasi menyelamat dijalankan pihak berkuasa negara jiran itu di kawasan hotel tempat mereka menginap.
Menurut Pengurus Besar Cuti Cuti Langkawi Sdn. Bhd., Dr. Baharin Baharom, paras air terus meningkat berikutan hujan lebat berterusan sehingga menenggelamkan aras bawah rumah kedai di kawasan tersebut.
“Setakat ini, tidak kelihatan sebarang kerja menyelamat oleh pihak berkuasa Thailand di kawasan sekitar hotel ini.
“Rakyat Thailand sendiri telah terputus bekalan elektrik, air dan talian telefon. Sejak semalam mereka hanya mampu menjerit meminta tolong apabila helikopter berlegar di atas kepala,” katanya yang turut terkandas di Hotel Paradise.
Katanya, lobi hotel termasuk bahagian dapur telah ditenggelami air sehingga pihak hotel terpaksa melakukan kerja memasak di satu ruangan di aras bumbung.
“Pihak hotel dan rakyat Malaysia bekerjasama menyediakan makanan kepada semua yang terkandas,” ujarnya.
Tambahnya, selain bekalan makanan, mangsa turut memerlukan ubat-ubatan khususnya bagi penyakit darah tinggi dan jantung.
Antara yang turut terkandas di hotel tersebut ialah 40 warga emas dari Kelab Warga Emas Pontian, Johor. – KOSMO! ONLINE
The post Banjir Hatyai: Tiada bot penyelamat, penduduk jerit minta tolong dari helikopter appeared first on Kosmo Digital.