Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “Mungkin dah tiba masa untuk Pak Duan pergi…”.
Itu antara perkongsian seorang lelaki mengenai perkembangan terkini ikan haruan tular yang ditemui selepas setahun terperangkap di dalam sebuah tong di rumahnya dengan keadaan menyedihkan pada November lalu.
Selepas penemuan itu, pengguna media sosial @Iqbal Adzrin tersebut mengambil keputusan untuk merawat ikan berkenaan yang digelar ‘Pak Duan’, sebelum melepaskan kembali ke habitatnya.
Menyedari Pak Duan meraih perhatian dan simpati rakyat Malaysia yang ingin mengetahui perkembangannya, @Iqbal Adzrin berkongsi keadaan terkini ikan itu menerusi siaran langsung di media sosial dari semasa ke semasa.
Namun baru-baru ini dia memaklumkan, Pak Duan telah pun mati sebelum menunjukkan perkembangan yang baik, malah sempat menikmati dua ekor anak ikan.
“Siaran langsung terakhir dengan Pak Duan petang semalam (2 Disember). Pak Duan dah makan dua ekor anak ikan. Dah menunjukkan makin aktif.
“Ramai sayang Pak Duan dan nak Pak Duan sihat. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian,” katanya.
Orang ramai rata-rata mengakui sedih di atas kematian Pak Duan yang mengharapkan supaya haiwan itu kembali sembuh dan sihat sebelum dilepaskan kembali ke habitat asalnya.
“Sekurang-kurangnya, Pak Duan pergi tanpa rasa lapar,” ujar @Sitmyside.
“Padahal pasal ikan haruan ja, tapi sedih…,” komen @Boy.
“Sedihnya, baru berangan nak tengok Pak Duan gemuk balik. Selamat tinggal Pak Duan,” ucap @E’a.
Terdahulu Kosmo! mendedahkan perkongsian seorang lelaki mengenai penemuan seekor ikan haruan di dalam sebuah tong dengan keadaan yang cukup menyedihkan.
@Iqbal Adzrin di media sosial berkata, ikan tersebut antara yang dimasukkan ke dalam tong berkenaan, setahun yang lalu.
Dia turut berkongsikan video yang jelas memaparkan ikan itu ditemui dalam keadaan kurus kering, namun masih bernyawa. – KOSMO! ONLINE
@penghibur_sepi Replying to @ladybosslisz dalam pukul 9.30 malam semalam pak duan dah mati… #haruanmalaysia #pakduan #ditaja
#foryou #tiktoklive ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling
The post [VIDEO] Berat cuma 286g, mungkin dah tiba masa Pak Duan pergi… appeared first on Kosmo Digital.

