Auto Added by WPeMatico

![]()
PORT DICKSON – Seekor buaya bersaiz agak besar muncul lagi di pantai peranginan ini apabila dilihat berlegar-legar berhampiran sebuah penginapan pelancongan terkenal.
Video tular berdurasi 22 saat itu menunjukkan buaya air masin berkenaan berkeliaran dan berenang di kawasan tersebut.
Difahamkan, reptilia berkenaan kini semakin kerap muncul di sekitar pantai peranginan ini.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya belum menerima aduan berhubung kejadian tersebut.
“Bagaimanapun, siasatan akan dilakukan. Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada kejadian berkenaan merupakan video lama yang ditularkan kembali,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Buaya muncul lagi di PD, kali ini lebih besar appeared first on Kosmo Digital.