Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Lega namun dalam semuanya masih dalam pemerhatian, pelakon Diana Danielle memaklumkan anak sulungnya, Muhammad mengalami lumpuh muka akibat demam virus disyaki berpunca daripada Guillain-Barré syndrome (GBS) atau Bell’s palsy.
Diana atau nama lengkapnya, Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata Muhammad juga menjalani pemeriksaan beberapa doktor pakar disusuli pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) bagi mengenalpasti tahap sebenar masalah yang dihadapi.
“Muhammad telah diperiksa pakar neurologi, pakar ENT dan pasukan perubatan, masing-masing memberikan pandangan mereka.
“Kini, kami sedang mengambil steroid dan tidak lama lagi kami akan membuat temu janji untuk MRI,” katanya dalam perkongsian di InstaStory.
Walaupun tidak memaklumkan tarikh serangan penyakit yang menimpa Muhammad, Diana meluahkan kesyukuran apabila Muhammad sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Kata ibu dua anak itu lagi, tumpuan kini adalah mengaktifkan semula saraf muka puteranya itu memandangkan terdapat beberapa perkataan yang masih sukar disebut dengan lancar.
“Muhammad dibenarkan keluar hospital semalam dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan, jadi mohon doakan agar keadaannya terus bertambah baik.
“Sepanjang Januari sangat mencabar, tetapi kami bersyukur dapat pulang ke rumah sekarang. Kini kami hanya menumpukan perhatian untuk mengaktifkan semula saraf muka Muhammad.
“Terdapat beberapa perkataan yang Muhammad tidak dapat sebut seperti M, B dan P, jadi kami perlu terus melakukan latihan ini,” ujarnya.
Diana mendirikan rumah tangga dengan aktor dan pengarah, Farid Kamil pada 3 November 2012 namun bercerai talak satu buat kali kedua pada 24 Mac 2025.
Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 13 dan Nur Aurora, 11. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Muhammad lumpuh muka, tak boleh sebut M, B, P’ appeared first on Kosmo Digital.

