Auto Added by WPeMatico

KUANTAN – Sebuah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Kurnia, Batu 3, Jalan Kuantan – Gambang, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.47 pagi itu, api turut memusnahkan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dengan anggaran 50 peratus kemusnahan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera.
“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.28 pagi dan padam sepenuhnya pada pukul 9.18 pagi.
“Kebakaran membabitkan rumah separuh kekal melibatkan kemusnahan 100 peratus namun tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Taman Tas yang hadir dengan sebuah jentera bersama enam anggota.
Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Rumah, kereta musnah dijilat api appeared first on Kosmo Digital.