Auto Added by WPeMatico

KLANG – Polis mengklasifikasikan kes seorang lelaki yang maut selepas motosikal dinaiki terjunam ke dalam laut di dermaga Institut Latihan Pengangkutan Laut, Pulau Indah di sini, sebagai mati mengejut (SDR).
Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan berkata, siasatan pihaknya mendapati ketika kejadian mangsa dan rakannya sedang memancing di kawasan itu.
Kata beliau, hujan lebat dan angin kencang dipercayai menyebabkan mereka tergelincir lalu terjatuh daripada dermaga tersebut.
“Seorang daripada mereka terselamat manakala mangsa ditemukan meninggal dunia pagi tadi.
“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai SDR,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, petang ini. – KOSMO! ONLINE
The post Kes lelaki jatuh dermaga diklasifikasi mati mengejut appeared first on Kosmo Digital.