Auto Added by WPeMatico

BANGKOK – Kekacauan tercetus di Lopburi, Thailand apabila beratus-ratus ekor monyet terlepas dari sebuah pusat perlindungan, menyerbu rumah, menggeledah kereta dan menyerbu balai polis, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Penduduk menyaksikan kejadian itu hari ini apabila lebih 100 ekor monyet melarikan diri dari pusat Perlindungan Monyet Pho Kao di daerah Mueang.
Anggota-anggota polis yang bertugas berhampiran terpaksa mengusir haiwan liar itu selepas sebahagiannya memasuki kawasan balai dan menggeledah kereta yang diparkir.
Polis menggunakan lastik untuk menghalau monyet-monyet itu kembali ke pusat perlindungan tersebut.
Kakitangan-kakitangan perbandaran turut dihantar untuk menangkap semula haiwan-haiwan tersebut dan membawanya masuk ke dalam sangkar.
Mercun juga digunakan untuk menakut-nakutkan kawanan monyet tersebut agar ia kembali ke kawasan pusat jagaan, walaupun sebahagian masih bebas menjelang malam.
Pegawai kini sedang menyiasat tentang bagaimana monyet-monyet itu dapat melarikan diri. – AGENSI
The post Ratusan monyet terlepas, serbu balai polis appeared first on Kosmo Digital.