Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Rakyat Malaysia diminta bersiap sedia menghadapi hujan lebat berterusan apabila Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula Jumaat ini, 13 November sehingga Mac tahun depan.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), sebanyak lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku sepanjang tempoh monsun itu.
“Hujan lebat yang berlarutan selama beberapa hari boleh menyebabkan kejadian banjir di kawasan rendah serta berhampiran sungai, selain tiupan angin timur laut yang kencang mampu mengakibatkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras air laut di perairan Laut China Selatan,” jelas kenyataan itu.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip pula menasihatkan orang ramai agar tidak memandang ringan amaran cuaca yang dikeluarkan.
“Kita nasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini. Semua ini boleh diperoleh melalui laman web MetMalaysia, aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi kami,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa kesiapsiagaan awal amat penting dalam menghadapi musim monsun yang berpotensi membawa hujan lebat di beberapa negeri terutama di pantai timur Semenanjung.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.met.gov.my atau dengan menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.- KOSMO! ONLINE.
The post Hujan lebat berterusan bermula Jumaat ini hingga Mac appeared first on Kosmo Digital.