Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mahu membuktikan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2026 mampu dilaksanakan dengan baik meskipun tanpa menerima sebarang dana daripada Kerajaan Persekutuan.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, tumpuan kini diberikan kepada persiapan akhir temasya berkenaan yang akan berlangsung di 52 venue (tempat) di seluruh negeri.
Katanya, kerajaan negeri menggunakan peruntukan sedia ada bagi memastikan penganjuran Sukma kali ini berjalan lancar dengan jumlah keseluruhan kurang daripada RM50 juta.
“Walaupun (penganjuran Sukma Selangor) dianjurkan dalam peruntukan sangat terhad, kami akan buktikan kami mampu anjur (Sukma Selangor) dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penjenamaan Semula Pusat Akuatik Shah Alam kepada Pusat Akuatik Selangor di sini, hari ini.
Majlis tersebut berkenan disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Mohd. Najwan berkata, kerajaan negeri juga tidak lagi akan menghantar surat permohonan peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan bagi penganjuran Sukma 2026.
Bagaimanapun, beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan pemberian peruntukan bagi penganjuran temasya itu pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE
The post Selangor mahu buktikan Sukma mampu dianjur tanpa dana Persekutuan appeared first on Kosmo Digital.
