Auto Added by WPeMatico
Mohamad Shafiq dikompaun RM10,000 muat naik kandungan jelik

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun RM10,000 terhadap Mohamad Shafiq Abdul Halim atas kandungan jelik di TikTok yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama berkaitan isu pekerja Menara KL pada 31 Mac lalu.
MCMC dalam satu kenyataan berkata, tindakan kompaun tersebut dibuat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurutnya, akta tersebut melarang penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi untuk menyebarkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau.
“Penyebaran kandungan yang boleh menjejaskan sensitiviti agama, kaum atau institusi diraja tidak akan dikompromi,” jelasnya dalam satu kenyataan.
MCMC turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa bertanggungjawab dan beretika dalam setiap perkongsian yang dilakukan dalam talian.
MCMC terus komited untuk terus memastikan ruang siber negara kekal selamat, teratur dan harmoni, seiring usaha memperkukuh perpaduan nasional serta menjamin kesejahteraan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. -KOSMO! ONLINE
The post Mohamad Shafiq dikompaun RM10,000 muat naik kandungan jelik appeared first on Kosmo Digital.