Auto Added by WPeMatico


PETALING JAYA – Kucing jantan bernama Misai yang sebelum ini dikatakan hilang di sebuah stesen minyak di Beseri, Perlis akhirnya telah dipulangkan semula, malam tadi.
Menerusi hantaran di media sosial, kucing tersebut telah selamat dipulangkan kepada stesen minyak selepas disangkakan tidak bertuan.
“Misai telah diserah balik oleh orang yang terambil selepas viral dan laporan polis dibuat. Mereka ingat kucing itu tidak bertuan,” ujarnya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan stesen minyak tersebut mempunyai rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah kereta Hilux dilihat mengambil kucing tersebut.
Menjengah ke ruang komen, ramai yang turut gembira dengan kepulangan Misai serta memohon agar kucing itu dipakaikan uniform setiap masa untuk elak ‘diculik’.
“Kucing sihat, comel dan gebu memang ramai orang nak. Cuba beri kucing di pasar malam atau kedai makan yang menggerutu, siapa yang nak?,” kata Hamzah.
“Selepas ini kena Misai kena pakai uniform selalu untuk elakkan diculik,” kata Syahmi.
“Secantik ini disangka tidak bertuan? Nasib ada kuasa viral. Memang panas bantal tak lena tidur sebab risau muka tersebar,” komen @Fresfrai
“Misai sudahlah ada FIP, mana tak risau kawan di stesen minyak. Jangan normalisasikan ambil kucing tanpa bertanya sekeliling dulu,” komen @Airussirah5 –KOSMO! ONLINE
The post Misai akhirnya dipulangkan ke stesen minyak appeared first on Kosmo Digital.
 
