Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kelantan The Real Warriors FC (TRW FC) dan PDRM FC masing-masing dikenakan hukuman denda RM70,000 dan sekatan perpindahan pada jendela perpindahan kedua bagi musim 2025/2026.
Keputusan First Instance Body (FIB) dibuat selepas kedua-dua kelab itu melanggar Artikel 14 Peraturan FFP (Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan bersikap ‘diam diri’ dengan mengabaikan tuntutan FIB berkaitan tunggakan gaji.
“Untuk makluman, pemberian Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super 2025/2026 kepada PDRM FC dan KTRW FC adalah berdasarkan semakan deklarasi serta penyelesaian tunggakan sehingga 31 Disember 2024 selaras dengan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025.
“Dalam pada itu, MFL juga tidak menerima sebarang deklarasi tunggakan atau tiada tunggakan daripada KTRW FC dan PDRM FC setakat September 2025 pada tarikh penyerahan iaitu 16 Oktober 2025.
“FFP MFL atas arahan FIB sebelum ini telah menghantar dua surat amaran kepada kedua-dua kelab tersebut bagi menuntut bukti pembayaran atau pelan pembayaran tunggakan, namun tiada sebarang penyelesaian terhadap tunggakan tersebut.
“Artikel 14 Peraturan FFP MFL bagi musim 2025-2026 jelas menyatakan bahawa kegagalan mematuhi keperluan FFP MFL dalam tempoh pemantauan kewangan yang ditetapkan akan dianggap sebagai pelanggaran peraturan,” kata Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.
FIB telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 kepada KTRW FC dan PDRM FC atas pelanggaran Artikel 14 dan diberikan tempoh 14 hari namun pihak FFP MFL masih belum menerima sebarang resit pembayaran atau pelan pembayaran.
Atas sebab itu FIB telah memutuskan untuk mengenakan denda kedua sebanyak RM20,000 namun FFP MFL tidak menerima sebarang maklumbalas hingga denda ketiga dikenakan sebanyak RM40,000 dan larangan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua bagi musim 2025/2026.
“FIB juga memberikan masa sehingga 31 Disember 2025 kepada KTRW FC dan PDRM FC untuk menyelesaikan isu tunggakan tersebut dan jika kedua-dua kelab tidak menepati tarikh yang diberikan, tindakan lebih tegas di bawah Artikel 14(1)(e) Peraturan FFP MFL bagi musim 2025-2026 boleh diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post KTRW FC, PDRM FC disekat ‘beli’ pemain baharu dan didenda appeared first on Kosmo Digital.