Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Daya ingatan Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, yang mengalami gegaran otak dipercayai akibat dibuli semakin merosot sejak kejadian tersebut.
Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39, memberitahu, walaupun anaknya mengidap kanser hidung namun dia tetap menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain termasuklah aktif dan suka belajar.
Bagaimanapun katanya, keadaan semakin berubah setelah insiden buli yang mengakibatkan anaknya mengalami gegaran di bahagian otak sehingga perlu dirawat di hospital.
“Sebelum ini dia cergas, aktif dan suka belajar tetapi sekarang sudah berubah, dia menjadi pelupa dan sudah hilang fokus. Apabila saya minta dia lakukan sesuatu dia akan lupa dan bertanya semula.
“Sebagai contoh, apabila saya minta dia ambil kain di dapur, dia akan pergi dapur tetapi lupa apa yang hendak dilakukan di sana, kemudian dia datang tanya saya semula. Perkara seperti itu kerap berlaku.
“Kami bimbang ini disebabkan gegaran yang dialami di bahagian otaknya sebelum ini, sehingga berlaku ‘memory lost’ yang serius,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.
Tambah Siti Suhana, dia mendedahkan insiden menimpa anak lelakinya itu bukan untuk mendapatkan simpati mahupun perhatian umum, sebaliknya mahu keadilan buat anaknya.-KOSMO! ONLINE.
The post Daya ingatan Izzul Islam merosot selepas dibuli appeared first on Kosmo Digital.