Auto Added by WPeMatico

GERIK – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di kawasan Jeti Awam Kampung Pulau Belayar, di sini semalam ditemukan lemas, hari ini.
Mangsa, Azri Md Sharif, 53, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 5 petang, kira-kira 100 meter dari lokasi botnya hampir tenggelam.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, operasi mencari mangsa diaktifkan selepas pihaknya menerima maklumat pada pukul 7.18 pagi.
“Ketua operasi melakukan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota menurunkan bot dan melaksanakan pencarian di permukaan sungai dan di kawasan cetek berhampiran lokasi bot mangsa ditemui,” katanya di sini, hari ini.
Menurut beliau, mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui kira-kira 100 meter dari bot sebelum dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, media melaporkan kehilangan seorang lelaki ketika menjala ikan dengan menaiki sebuah bot pada pukul 3.30 petang, semalam. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki hilang ketika menjala ikan ditemui lemas appeared first on Kosmo Digital.