Auto Added by WPeMatico

KUALA TERENGGANU – Pengunjung Pasar Besar Kedai Payang di sini gempar semalam selepas seorang pekerja sebuah reruai menjual kuih peneram tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia.
Dalam kejadian pada pukul 9.23 pagi itu,
mangsa, Zulkifli Ibrahim, 60, disyaki terkena serangan jantung.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa dikatakan tiba-tiba tertunduk lalu rebah tidak sedarkan diri.
“Majikan dan rakan sekerjanya segera memberi bantuan awal. Mereka kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Azli berkata, pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudiannya mengesahkan Zulkifli sudah meninggal dunia dan mayat lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
“Semakan kesihatan mendapati mangsa menghidap penyakit tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah jantung serta pernah diserang strok dan menjalani pembedahan otak pada tiga tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Pekerja Pasar Payang maut ketika mengguli kuih peneram appeared first on Kosmo Digital.