Auto Added by WPeMatico

SELAYANG – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menempelak dakwaan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa kementerian yang diterajuinya tidak mempunyai dasar jelas.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, semua dasar dan perkara dan reformasi baharu yang dibawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
“Semua Jemaah Menteri tahu setiap apa yang dibentangkan oleh kecuali (kalau) tak datang meeting (mesyuarat).
“Jadi, saya tidak fikir kita terlepas daripada membentangkan soal-soal dasar utama reformasi-reformasi yang kita nak angkat di peringkat KPM,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ‘Malaysian University English Test’ (MUET) serta Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) 2024 di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, hari ini.
Terdahulu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR mengkritik KPM yang disifatkan gagal mengemukan dasar jelas selepas lebih dua tahun setengah Kerajaan Madani menerajui negara.
Kenyataan itu dibuat Rafizi menerusi episod pertama Podcast ‘Yang Berhenti Menteri’ (YBM), baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE
The post Semua tahu, kecuali yang tak datang mesyuarat – Fadhlina appeared first on Kosmo Digital.