Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan sedang menyiapkan draf mengenai syarat-syarat aktiviti mendulang emas selepas pihaknya membenarkan rakyat menjalankan kegiatan tersebut secara sah baru-baru ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Fadzli Hassan berkata, syarat-syarat tersebut bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya, ia lebih menekan kepada aspek keselamatan dan alam sekitar.
Katanya, selain itu, pihaknya turut mengambil kira kawasan yang telah diberikan kepada pihak syarikat untuk tujuan perlombongan sekali gus menggelakkan berlaku pertindihan lokasi mendulang emas.
”Saya sudah minta pegawai untuk melihat perkara ini termasuk daripada sudut perundangan,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mohamed Fadzli memberitahu, kerajaan negeri ketika ini sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk aktiviti mendulang emas.
Katanya, kerajaan negeri turut mempertimbangkan kawqsan yang sudah menjadi lokasi mendulang emas oleh penduduk tempatan untuk diberikan kebenaran.
“Segala maklumat berkaitan perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa untuk pengetahuan rakyat Kelantan.
“Daerah Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang merupakan antara lokasi yang menyimpan sumber mineral itu di Kelantan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Kelantan akan memberi kebenaran kepada rakyat di negeri ini melombong emas menggunakan kaedah mendulang.
Mohamed Fadzli berkata, pihaknya akan mengeluarkan lesen mengikut syarat-syarat tertentu sebagai rekod.
Katanya, langkah itu bertujuan menjaga keselamatan rakyat yang terlibat dalam aktiviti berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Kelantan draf syarat kebenaran rakyat mendulang emas appeared first on Kosmo Digital.