Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA TERENGGANU – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tuan Mandak diarahkan membayar pampasan RM280,000 kepada Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati memfitnah bekas Menteri Besar Terengganu tersebut pada tahun lalu.
Hakim Yusrin Faidz Yusoff juga memerintahkan defendan, Saik Abdullah Tuan Tengah, 64, membuat permohonan maaf secara bertulis dan video terhadap Ahmad Razif dalam tempoh 14 hari.
Beliau berkata, pampasan RM280,000 itu meliputi ganti rugi am sebanyak RM200,000, ganti rugi teruk (RM60,000) dan kos guaman (RM20,000) dengan kadar faedah lima peratus setahun.
Berdasarkan penyataan writ saman dikemukakan Ahmad Razif, Saik Abdullah didakwa membuat tuduhan tidak berasas yang boleh menjatuhkan reputasinya.
Komen berunsur fitnah yang dimuat naik Saik Abdullah di Facebook pada 28 Mac 2025 tersebut didakwa secara jelas menggambarkan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus itu sebagai seorang pengamal rasuah dan penyalahguna kuasa.
Ahmad Razif diwakili Datuk Ahmad Zaidi Zainal serta Fatini Athirah Baharin dari firma guaman, Tetuan Ahmad Zaidi & Partners manakala Saik Abdullah pula tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata, keputusan mahkamah tersebut telah mengembalikan semula maruahnya dan keluarga serta nama baik UMNO dan Barisan Nasional.
“Saya harap ia menjadi teladan kepada orang lain terutama ahli dan penyokong parti politik agar berhati-hati tidak memfitnah sewenang-wenangnya,” katanya.
Kosmo! Online 17 Julai 2025 melaporkan Ahmad Razif memfailkan tuntutan saman fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Saik Abdullah. – KOSMO! ONLINE
The post Saman fitnah: Bekas Pengerusi JPKK Tuan Mandak diarah bayar Ahmad Razif RM280,000 appeared first on Kosmo Digital.
