Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemain bola tampar Jepun yang memohon maaf dengan meluncur di atas lantai gelanggang semasa pertandingan SV League All-Star di Kobe, Jepun, kelmarin mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, pemain bola tampar Jepun, Yuji Nishida, 26, melakukan servis namun tersasar ke luar gelanggang sebelum terkena bahagian belakang badan seorang penjaga garisan wanita.
Beliau yang kelihatan terkejut dengan situasi itu segera meluncur di atas lantai gelanggang sambil menundukkan kepala sebagai tanda permohonan maaf.
Beliau kemudian turut melutut dan tunduk beberapa kali sebelum penjaga garisan tersebut membalas dengan tundukan hormat.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata turut terhibur dengan gelagat pemain tersebut dan memuji sikap rendah dirinya.
“Jepun ni bagus, salah satunya bab budaya hormat-menghormati. Memang nombor satu. Kalah semua negara dunia,” komen Khairi.
“Sebab dia tahu memang sakit kalau terkena bola tampar. Rasanya dia sendiri pun terkejut dengan apa yang dia buat tu,” kata Ruzaina Ahmad.
“Bagus dia ni. Sampai macam tu sekali dia rasa bersalah,” komen Anjungsila. – KOSMO! ONLINE
japanese volleyball player makes the most genuine apology after accidentally hitting someone with his serve pic.twitter.com/YlfLtLnupY
— Shibetoshi Nakamoto (@BillyM2k) February 1, 2026
The post ‘Meluncur pemain bola tampar minta maaf’ appeared first on Kosmo Digital.