Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang pelajar sekolah dilihat melintas jalan secara melulu hingga hampir mengakibatkan kemalangan di hadapan sebuah sekolah rendah.
Menerusi rakaman papan pemuka (dashcam) yang dikongsi oleh Afiq di Facebook memaparkan sebuah kenderaan yang terpaksa membrek secara mengejut apabila seorang kanak-kanak lelaki tiba-tiba melintas di hadapan kereta berkenaan.
“Budak sekolah berlari lintas jalan tak tengok kiri kanan. Sipi-sipi nak kena langgar,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menyifatkan tindakan kanak-kanak tersebut sangat membahayakan.
“Ya Allah, dik kau tak sayang nyawa ke? kalau kereta itu laju sikit lagi tadi mendapat tau,” kata seorang pengguna.
“Sepatutnya mak ayah kena perhatikan anak-anak sebelum lintas jalan, kalau kena langgar mesti salahkan kereta padahal budak ini yang main lintas sahaja,” ujar salah seorang pengguna lain.
“Sikit lagi itu, nasib baik kereta tu bawa perlahan sahaja,” komen Aziera. -KOSMO! ONLINE
The post ‘Ya Allah, kau tak sayang nyawa ke dik’ appeared first on Kosmo Digital.