Auto Added by WPeMatico

LONDON – Seorang pejalan kaki cedera selepas dirempuh sebuah kereta berulang kali di kawasan perumahan di Britain, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Tower Hamlets, London pada 14 Jun lalu.
Rakaman video dimuat naik di laman X menunjukkan kereta berwarna putih itu sedang mengundur sebelum melanggar seorang lelaki di tengah jalan.
Kereta itu kemudian berhenti lalu menghampiri lelaki terbabit dan merempuhnya sekali lagi, menyebabkan dia terpelanting.
Semasa kejadian, seorang wanita menjerit meminta bantuan, manakala pemandu kenderaan tersebut segera keluar daripada kereta dan melarikan diri.
Jurucakap Polis Metropolitan London berkata, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an dibawa ke hospital dengan kecederaan tidak mengancam nyawa.
“Seorang lagi mangsa turut dilanggar, tetapi statusnya masih belum diketahui.
“Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti tiga individu di dalam kereta itu,” tambahnya. – AGENSI
The post Pejalan kaki melambung dirempuh dua kali appeared first on Kosmo Digital.