Auto Added by WPeMatico

TELUK INTAN – Sebuah firma automotif Cina selain Proton akan memulakan fasa pertama pembinaan kilang pemasangan kenderaannya di sekitar Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) yang bakal mengubah Tanjung Malim dekat sini menjadi sebuah hab automotif bertaraf global.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelaburan antarabangsa berimpak tinggi yang bernilai berbilion ringgit itu akan diumumkan sendiri oleh firma berkenaan tidak lama lagi setelah mendapat kelulusan sepenuhnya kerajaan China.
“Urusan di sini (Perak) telah selesai iaitu pengambilan tanah, cuma tidak boleh diumumkan sebab ada peraturan-peraturan peringkat negara China.
“Jika di Proton City melangkau berbilion ringgit ia (nilai) pun mesti sama. Terletak di sekitar AHTV dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 80.93 hektar,” katanya kepada pemberita di Parit 7B Kampung Permatang, Sungai Manik di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030 Daerah Hilir Perak 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Difahamkan, firma automotif berkenaan menumpukan pemasangan kenderaan elektrik (EV) untuk dipasarkan di seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE
The post Firma automotif China melabur di Tanjung Malim appeared first on Kosmo Digital.