Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Akaun Instagram pasangan sensasi, Syed Saddiq dan Bella Astillah dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat sebaik sahaja Ahli Parlimen Muar itu mengesahkan majlis pertunangan mereka hari ini.
Rata-rata menzahirkan kegembiraan apabila spekulasi yang bertebaran sejak beberapa minggu lalu dijawab ahli politik berusia 33 tahun dengan perkongsian video lamaran cinta di Gunung Kinabalu yang terakam pada Januari lalu.
Disifatkan sebagai pendedahan manis, nyata hubungan kedua-dua personaliti popular sama cantik, sama padan itu direstui satu Malaysia.
Semua yang mengikuti perjalanan hubungan pasangan digelarkan netizen dengan panggilan BASS itu tidak sabar menanti detik pertunangan yang dijangkaksn berlangsung sekitar pukul 3 petang ini.
Sejak Syed Saddiq buat julung kali membuka mulut mengesahkan adanya majlis ‘mengikat’ pujaan hati sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan sekitar pukul 11 pagi tadi, tidak putus-putus ucapan tahniah diterima.
“Alhamdulillah,” tulis Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang difahamkan antara tetamu undangan keluarga penyanyi Bella Astillah atau Dayang Nabellah Awang Astillah.
“Saya rasa nak menangis,” kata pelakon Nora Danish.
“Alhamdulillah, tahniah,” ujar pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil juga and antara figura seni yang rapat dengan Bella.
Begitupun, difahamkan ramai penggiat seni serta tokoh politik lebih dulu mengetahui majlis istimewa yang dirahsiakan kedua-dua mereka bakal berlangsung hari ini.
Biarpun Syed Saddiq mahupun Bella sebelum ini tutup mulut ketika spekulasi pertunangan serta pernikahan rancak bertebaran, mereka yang akrab juga sama-sama sporting menyimpan rahsia.
Antara tokoh politik yang dipercayai sedia maklum tentang perancangan perkahwinan pasangan itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar sempat berseloroh dan memberi bayangan berkenaan hari istimewa Bella-Syed Saddiq.
“Saya tak dapat jemputan lagi,” katanya selepas menerima bungkusan biskut raya daripada Bella yang disampaikan Syed Saddiq, baru-baru ini.
Petang ini, majlis pertunangan pasangan terbabit dijadualkan berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara yang turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani dan Astro Ria.
Difahamkan, acara istimewa yang dijangka bermula pukul 3 petang ini hanya akan dihadiri sekitar 150 tetamu membabitkan ahli keluarga serta kenalan terdekat mereka.
Majlis pernikahan serta resepsi pula didakwa sumber bakal menyusul dalam tempoh beberapa bulan lagi mengikut adat Melayu seperti dilaporkan Kosmo!.
Hubungan Bella dan Saddiq sebelum ini hangat diperkatakan selepas bermula dengan kerja kemasyarakatan, disusuli promosi kempen baju raya sebuah jenama popular bermula awal tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
The post BASS bertunang, media sosial dibanjiri ucapan manis appeared first on Kosmo Digital.
