Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Sebuah kolam mata air di Desa Cibadung, Gunung Sindur wilayah awa Barat menggemparkan penduduk setempat selepas airnya secara tiba-tiba bertukar warna menjadi merah pekat, lapor laman berita Radar Kaltim.
Rakaman video memaparkan perubahan warna air tersebut dimuat naik oleh akaun Threads @ewidyakartika pada Ahad lalu.
Malah, ramai penduduk setempat mula berkumpul di lokasi berkenaan untuk berdoa dan memanjatkan rasa syukur.
Dalam kalangan penduduk, muncul desas-desus mengaitkan perubahan warna air tersebut dengan mitos kemunculan batu delima merah yang dipercayai mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Bagaimanapun sehingga kini, masih belum ada sebarang kajian saintifik yang mengesahkan punca sebenar perubahan warna itu mahupun tahap keselamatan air berkenaan. – AGENSI
The post Air mata air bertukar merah appeared first on Kosmo Online.
