Auto Added by WPeMatico

SUNGAI PETANI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah merekodkan sebanyak 5,047 panggilan kecemasan bagi tempoh Januari hingga Julai lalu melibatkan pelbagai jenis insiden.
Ketua Cawangan Keselamatan Kebakaran, Zon 2 Sungai Petani, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,769 kes adalah kebakaran, manakala 3,079 kes membabitkan operasi penyelamatan termasuk kemalangan jalan raya, bencana alam dan bantuan khas.
Selain itu, katanya, sebanyak 177 panggilan berkaitan lain-lain tugas seperti pemantauan keselamatan serta bantuan awam turut diterima, sementara 22 panggilan dikesan sebagai panggilan palsu.
“Daripada data tersebut sebanyak 263 kes merupakan kes yang dilaporkan Balai Bomba dan Penyelamata (BBP) Sungai Petani sahaja.
“Manakala sebanyak 1,636 kes direkodkan bagi daerah jagaan Zon 2, Sungai Petani, termasuk BBP Sik, BBP Tikam Batu, BBP Amanjaya, BBP Guar Chempedak dan BBP Sungai Petani,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Jentera Water Tanker dan Triton PBS Sungai Petani di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Pekan Lama, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE
The post Bomba Kedah masih terima panggilan palsu appeared first on Kosmo Digital.