Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR: Bedah siasat tiga sekeluarga yang terlibat kemalangan dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen ) di Jalan Sultan Ismail di sini malam tadi selesai, petang tadi.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ahli keluarga mangsa hadir di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur dan kelihatan sebak ketika menunggu proses berkenaan selesai.
Tiga van jenazah milik badan bukan kerajaan (NGO) Sentuhan Setia Kasih dilihat masuk ke pekarangan IPFN kira-kira pukul 5.30 petang.
Van tersebut keluar membawa ketiga-tiga jenazah itu pada jam 5.45 petang.
Difahamkan, semua jenazah akan disolatkan terlebih dahulu di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang di sini, sebelum dibawa ke Kampar, Perak.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak dalam satu liang lahad.
Insiden kira-kira 1 pagi di persimpangan Maju Junction di sini menyebabkan Shaik Mohd l. Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12 maut di lokasi kejadian.
Seorang lagi mangsa iaitu Norhayati Razali, 55, merupakan isteri kepada Shaik Mohd Firdaus pula mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di HKL.- UTUSAN
The post Bedah siasat tiga mangsa kemalangan selesai appeared first on Utusan Malaysia.
