Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Skuad wanita bawah 20 (B-20) Jepun pamer aksi luar biasa apabila menewaskan Malaysia 16-0 dalam saingan kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad muda negara Matahari Terbit itu mengesahkan status selaku pilihan utama untuk menang apabila mudah mendahului 7-0 seawal 45 minit pertama.
Lebih menarik, empat pemain Jepun berjaya meledak jaringan hatrik dengan Anon Tsuda dianggap sebagai wira pasukan apabila meledak empat gol pada minit ke-4, m-23, m-30 dan m-60.
Tiga lagi pemain yang menjaringkan gol hatrik adalah Mao Itamura (m-14, m-16, m-34), Asako Furuta (m-45, m-46, m-90) dan So Kijoma (m-53, m-59, m-89).
Melengkapkan kemenangan bergaya Jepun adalah penyudah Yuka Kurimoto yang meledak dua gol pada minit ke-69 dan m-78 selain gol tunggal Sawa Tsuge (m-64).

Kekalahan tersebut menutup peluang untuk skuad negara kendalian Cameron Ng layak ke pusingan akhir Piala Asia Wanita B-20 2026 dan bakal bertemu Guam pada aksi terakhir Kumpulan F, Ahad ini.
Jepun pula akan bertemu Iran pada aksi penentuan pada hari yang sama. – KOSMO! ONLINE
The post Tiada belas ihsan, Jepun ‘ajar’ skuad muda Malayan Tigress appeared first on Kosmo Digital.