Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, kawasan terlibat adalah Pahang (Raub), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka serta Johor (Batu Pahat)
Amaran di Sarawak melibatkan Miri (Telang Usan dan Marudi) serta Limbang, manakala Sabah membabitkan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod) – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat landa Melaka, Sabah dan Sarawak malam ini appeared first on Kosmo Digital.