Auto Added by WPeMatico

ALOR GAJAH – Perjalanan seorang pemandu e-hailing bertukar cemas apabila kereta dipandunya tersangkut dalam lumpur selepas tersesat ke laluan ladang kelapa sawit di kawasan Vicky Leisure Farm, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, wanita berusia 43 tahun berkenaan dipercayai terlalu mempercayai arahan Sistem Penentuan Kedudukan Sejagat (GPS) sehingga memasuki jalan berlumpur di ladang tersebut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Shahrom Laji berkata, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit Rondaan Ikhtisas Mobil (RIM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Siasatan awal mendapati mangsa mengikuti laluan GPS sehingga memasuki jalan ladang sawit yang berlumpur.
“Akibatnya, tayar hadapan kereta Perodua Axia dipandu mangsa terbenam dalam lumpur,” katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut beliau, pasukan bomba bertindak menolak kenderaan berkenaan ke kawasan selamat sebelum memastikan tiada risiko berbahaya di lokasi.
“Pemandu wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.03 pagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Kereta e-hailing sangkut lumpur gara-gara GPS appeared first on Kosmo Digital.