Auto Added by WPeMatico

SINGAPURA – Penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) terpaksa berjalan kaki di landasan susulan gangguan bekalan elektrik di laluan LRT Sengkang-Punggol, Singapura semalam, lapor saluran berita MediaCorp.
Kejadian berlaku selang tiga hari selepas gangguan perkhidmatan di LRT Sengkang-Punggol dan Laluan Timur Laut (NEL) pada Selasa lalu.
Perkhidmatan LRT Sengkang-Punggol itu bagaimanapun disambung semula sepenuhnya sekitar empat jam selepas ia mengalami gangguan bekalan elektrik.
Gangguan itu menyebabkan perkhidmatan LRT laluan tersebut tergendala pagi semalam.
Akhbar Berita Harian Singapura memetik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SBS Transit, Jeffrey Sim sebagai berkata, masalah itu bermula sekitar pukul 8.40 pagi yang menjejaskan semua 29 stesen di laluan tersebut.
Beliau berkata, laporan awal mendapati kerosakan kabel antara dua stesen telah menyebabkan tenaga elektrik di rangkaian LRT tersebut terputus, mengakibatkan 10 kereta api terhenti di landasan. – AGENSI
The post Penumpang LRT jalan kaki di landasan, perkhidmatan tergendala 4 jam appeared first on Kosmo Digital.