Auto Added by WPeMatico

SEOUL – Presiden Barcelona, Joan Laporta menganggap bintang mudanya, Lamine Yamal berada di landasan terbaik untuk menyamai dan meleburkan rekod yang pernah dicipta oleh bekas bintang sensasi kelab itu, Lionel Messi.
Laporta melabel Yamal sebagai pemain yang cukup genius dan merasakan bintang berusia 18 tahun itu tidak berdepan sebarang masalah untuk melihat dirinya menjadi sehebat Messi.
“Sekarang Messi sudah pun menjadi pemain terbaik di dunia dan saya fikir Lamine juga sedang berada dalam kedudukan sama. Kita akan melihatnya nanti memandangkan kita tidak ada ramai pemain sepertinya.
“Lamine adalah pemain yang cukup genius dan dia kini berada di peringkat tertinggi. Selain itu, dia juga mempunyai personaliti iaitu sama seperti yang kita saksikan pada Messi suatu ketika dahulu.
“Messi sudah memenangi segala-galanya dan bagi saya, dia adalah pemain terbaik yang pernah ada dalam sejarah,” kata Laporta yang menganggap kedua-dua pemain itu memiliki identiti berbeza.
Pemain sayap lincah itu membuktikan kenyataan tersebut dengan prestasi memukau ketika membantu Barcelona membelasah FC Seoul 7-3 dalam aksi pramusim di Stadium Piala Dunia Seoul, Korea Selatan kelmarin.
Yamal berjaya meledak dua gol diikuti dua jaringan Ferran Torres serta masing-masing satu daripada Robert Lewandowski, Andreas Christensen dan Gavi.
“Dunia sekarang sentiasa melahirkan pemain hebat dan hari ini kita ada pemain seperti Lamine Yamal, Pedri dan Raphinha. Kesemuanya memiliki bakat luar biasa dalam dunia bola sepak.
“Saya hanya mengatakan pemain Barcelona tetapi sudah pasti kita juga masih ada ramai lagi pemain bola sepak daripada kelab lain yang turut memiliki kualiti yang luar biasa,” tambah Laporta. – AGENSI
The post Prestasi Yamal bakal setanding Messi appeared first on Kosmo Digital.