Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Seorang pekerja kedai besi buruk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah di Kuala Pilah sejak Ogos 2023.
Tertuduh yang berusia 32 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim N. Kanageswari. Lelaki itu yang menghadapi dua pertuduhan didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut ke atas mangsa remaja perempuan berusia 16 tahun dan 17 tahun ketika kejadian.
Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Kuala Pilah pada Ogos 2023 dan Ogos 2024. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana mangsa adalah anak tiri tertuduh dan tinggal serumah, selain terdapat risiko lelaki itu mengganggu mangsa.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia bekerja sebagai tukang besi dengan pendapatan RM50 sehari dan mempunyai lima anak.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM16,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tanbahan perlu melapor diri di balai polis, dilarang mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Januari depan.- KOSMO! ONLINE
The post Bapa lima anak dituduh noda anak tiri appeared first on Kosmo Digital.