Auto Added by WPeMatico

IPOH – Bakal menjadi pusat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) terbesar negara, Perak tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan EV sebagai kenderaan rasmi.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan tersebut akan dinilai dari masa ke semasa selari dengan corak penggunaan kenderaan jenis itu.
“Belum ada ketetapan rasmi. Kita lihat bagaimana. Tidak mustahil, sebab itu adalah trend sekarang. Trend untuk mengurangkan pembebasan karbon.
“Kalau seluruh dunia begitu, takkan Perak mahu ketinggalan. Kita akan ikut trend itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman kerjasama antara Casuarina Meru Sdn. Bhd. (CMSB) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini.
Saarani sebelum itu menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik CMSB yang merupakan anak syarikat milik penuh Perak Corporation Berhad di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) bersama TNB bagi pemasangan fasiliti pengecas EV di Hotel Casuarina Meru.
Saarani melihat kerjasama itu penting bagi menambah baik kemudahan untuk pengguna EV, sekali gus menyokong pertumbuhan pelancongan mesra alam di negeri ini. – KOSMO! ONLINE
The post Perak lihat potensi gunakan kenderaan EV appeared first on Kosmo Digital.