Auto Added by WPeMatico

ISKANDAR PUTERI – Satu rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan sebuah motosikal melawan arus di Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) kini tular di media sosial.
Kejadian membabitkan penunggang warga emas itu dipercayai berlaku pada pagi Selasa.
Warga emas dipercayai terbabit juga dilihat tidak memakai topi keleder.
Menerusi ruang komen di media sosial, pihak polis berjaya menemukan warga emas tersebut dan anaknya juga telah membuat laporan polis.
Selain itu, turut disertakan laporan polis dibuat anak warga emas terbabit yang dipercayai tinggal di Bukit Aping Barat Kota Tinggi dan menghidap penyakit Alzeimer.
“Semoga diberi kesihatan yang baik buatnya. Kesian, mesti pakcik tu penat jauh perjalanannya dari Kota Tinggi. Diharapkan selepas ini penjagaan rapi dapat diberikan kepada pakcik tersebut,” tulis pengguna media sosial.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri ketika dihubungi mengesahkan warga emas terbabit berusia 80 tahun dan kenyataan lanjut akan diberikan.-KOSMO! ONLINE
@bradertruckress♬ bunyi asal – brader truckress
The post [VIDEO] Warga emas sesat, tunggang motor lawan arus di Linkedua appeared first on Kosmo Digital.