Auto Added by WPeMatico

TOLAK ke tepi senarai artis dan persembahan dalam Latihan Pestapora Malaysia di Bukit Jalil tempoh hari, antara isu lain yang dibangkitkan pembeli tiket adalah kelancaran jualan makanan dan minuman.
Bayangkan mereka yang masuk ke perut stadium sekitar pukul 2 petang untuk mengikuti konsert pada sebelah siang, tentu bergantung kepada gerai disediakan.
Ramai merungut dengan jumlah gerai makanan serta minuman di lokasi tersebut untuk menampung jumlah 25,000 penonton seperti diumumkan penganjur.
Menerusi perkongsian video dan foto dalam laman sosial, jelas nampak barisan orang yang mahu membeli makanan melingkar macam ular kekenyangan panjang berjela.
Jangan pula kata kenapa ramai-ramai keluar serentak, sebab memang mereka di lokasi itu menegaskan barisan tetap sama pada waktu apa pun kecuali selepas 9 malam.
Sudahlah gerai boleh dikira dengan jari, variasi makanan juga menyedihkan selain perlu berbaris hampir sejam, begitu juga dengan jualan air mineral.
Sewajarnya penganjur cakna jumlah penonton dengan kuantiti makanan dan minuman. Nak beli air mineral RM5 sebotol pun kena menahan sabar berbaris panjang.
Masa yang sepatutnya diperuntukkan menikmati persembahan artis terbazir begitu. Perlu belajar daripada penganjur fiesta seumpamanya atau intai sahaja pengelola acara serupa di Indonesia.
Khabarnya mesin air water-cooler disediakan secara percuma sebagai kemudahan tambahan buat penonton agar sentiasa dapat bekalan mencukupi dan segar sepanjang acara.
DIVA: Ada dalam kalangan penonton di rock zone terpaksa kutip botol air di lantai sebab terpaksa, dahaga sangat.
The post Serik nak tengok Latihan Pestapora appeared first on Kosmo Digital.