Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Seramai 60 calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang gagal melapor diri bagi Siri 2/2025 atas beberapa sebab akan menyertai latihan semula dalam Siri 3 akan datang.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, Siri 3/2025 dijadualkan berlangsung pada September hingga Oktober depan.
“Jadi kalau kita lihat, (calon) tidak hadir bukan bermaksudnya tidak akan menyertai PLKN tetapi tidak hadir dalam maksud kita akan selaraskan semula dalam latihan-latihan yang akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pelatih PLKN 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW) di sini, hari ini.
Terdahulu, seramai 444 pelatih PLKN 3.0 bagi Siri 2/2025 telah berjaya menamatkan latihan yang bermula pada 11 Mei lalu sehingga 24 Jun 2025 melibatkan dua buah kem utama, iaitu Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Kem Force 136, Pekan Pahang yang menempatkan 257 pelatih lelaki serta Kem Rejimen 515 (AW) menempatkan 187 pelatih wanita. – KOSMO! ONLINE
The post PLKN 3.0: 60 calon ‘ponteng’ Siri 2 akan ke Siri 3 appeared first on Kosmo Digital.