Auto Added by WPeMatico

SIK – Sorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui lemas ketika mandi manda bersama adik serta rakan-rakannya di Air Terjun Lata Mengkuang, di sini hari ini.
Mangsa, Muhamad Hanif Anaqi Muhammad Khaled merupakan pelajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Enggang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.16 petang dan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik.
“Setibanya di tempat kejadian, mangsa telah diselamatkan oleh orang awam pada kedalaman air kira-kira empat meter.”
“Anggota dari Unit Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Sik memberi bantuan penafasan pada peringkat awal namun tiada tindak balas,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Sik untuk tindakan lanjut.
Difahamkan mangsa bersama adik dan rakan-rakannya baru pulang dari menyertai program larian di Kampung Jelutong bersama adiknya sebelum singgah mandi di lokasi.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Sik untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Remaja maut lemas di Air Terjun Lata Mengkuang appeared first on Kosmo Digital.