Auto Added by WPeMatico

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi menangguhkan tarikh akhir selama 90 hari lagi untuk Amerika Syarikat (AS) melaksanakan tarif yang lebih tinggi ke atas barangan China, lapor agensi berita United Press International.
Perkembangan tersebut yang pertama kali dilaporkan oleh saluran berita CNBC, berlaku beberapa jam lebih awal daripada tarikh akhir pukul 12.01 tengah malam (waktu tempatan), apabila tarif ke atas barangan China ditetapkan meningkat kepada 64 peratus daripada 30 peratus.
Lanjutan kepada 9 November itu diumumkan susulan kemajuan yang dibuat bulan lalu di Stockholm, Sweden, semasa perbincangan antara perunding perdagangan Washington dan Beijing.
“Saya baru sahaja menandatangani perintah eksekutif yang akan melanjutkan penggantungan tarif ke atas China selama 90 hari lagi. Semua elemen lain perjanjian akan kekal sama,” tulis Trump di platform Truth Social.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pula berkata: “Kami berharap AS akan bekerjasama dengan China untuk mengikuti konsensus penting yang dicapai semasa panggilan telefon antara kedua-dua ketua negara.”
Minggu lalu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent berkata, beliau optimis mengenai kemampuan perjanjian perdagangan dengan China. – AGENSI
The post Trump lanjutkan tarikh akhir tarif China appeared first on Kosmo Digital.