Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Satu rakaman video memaparkan kemunculan cahaya kecil disertai kepulan seperti asap di ruang langit mencetuskan tanda tanya.
Menerusi satu perkongsian video di Facebook Rantau Panjang Post, seorang pengguna sempat merakam kejadian seperti kepulan asap keluar di langit dari kawasan Lubok Gong, namun tidak dapat memastikan punca sebenar fenomena berkenaan.
Rakaman tersebut memperlihatkan satu titik cahaya bergerak perlahan sebelum kelihatan seperti meninggalkan jejak asap nipis, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi daripada netizen.
“Katanya ada asap keluar atas langit.. Pandangan dari Lubok Gong tak pasti asap apa.. Kot-kot ada yang tahu fenomena atau benda apa,” tulis kapsyen video tersebut.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi selain ada yang mendakwa turut melihat kejadian itu.
“Maghrib tadi ada tengok, ingatkan kapal terbang. Sebab ada juga sebuah kapal terbang tengah lalu,” kata Ct Asmiza.
“Saya pun ada tengok masa lepas maghrib tadi, dia macam asap ada cahaya. Tengok lama-lama dia jadi gelap,” kongsi Ashikin.
“Fenomena ni orang selalu panggil “rocket plume” atau “space jellyfish”,” kata Fatyhah.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post Cahaya misteri berasap di langit Kelantan cetus tanda tanya penduduk appeared first on Kosmo Digital.
