Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Pemilik kamera papan pemuka (dashcam) yang merakam kejadian kemalangan maut melibatkan seorang pemandu van melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Matahari Heights, di sini Sabtu lalu tampil bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki berusia 20 tahun itu hadir ke balai polis semalam bagi memberikan keterangan.
“Pemilik dashcam sudah tampil ke balai polis bagi membantu siasatan kes kemalangan terbabit,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Mohamad Hatta berkata, mana-mana orang awam atau saksi bebas boleh tampil memberikan kerjasama dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Jelas Mohamad Hatta berkata, hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap pemandu van berusia 44 tahun adalah negatif dan dia telah direman selama empat hari.
Semalam media melaporkan, seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun maut selepas dirempuh sebuah van yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat persimpangan lampu isyarat Taman Matahari Heights, Senawang, di sini tengah malam Sabtu lalu.
Ia merupakan lokasi sama meragut nyawa tiga remaja iaitu penunggang dan pembonceng motosikal yang dirempuh kereta juga akibat tidak berhenti di lampu isyarat merah dalam kejadian pada 6 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE
The post Matahari Heights: Pemandu serah rakaman dashcam van langgar lampu isyarat appeared first on Kosmo Digital.