Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA TINGGI – Kira-kira 70 ekar (28.329 hektar) ladang nanas di kawasan hutan Bio Desaru dilaporkan terbakar sejak kelmarin.
Ketua Balai Bomba Penyelamat Penawar, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Soleh Nasir berkata, setakat ini pihak bomba telah berjaya memadamkan 57 peratus daripada keseluruhan kawasan kebakaran menggunakan kawalan ‘fire break’.
“Kerja-kerja pemadaman diteruskan sehingga malam. Angin kuat dan sumber air terhad menyebabkan api merebak dengan cepat. Kawalan fire break dikekalkan bagi mengelak kebakaran memasuki dikawasan hutan Felda Lok Heng.
“Kawasan terlibat kebakaran bagaimanapun hanya tanah kosong dan belum ada tanaman nanas dan kawasan yang telah ditanam buah tersebut berkeluasan kira-kira 110 ekar selamat serta tidak terlibat dengan kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, operasi hari kedua semalam diteruskan dan kebakaran terus berlaku didalam kawasan Bio Desaru sahaja dianggarkan 50 ekar.
Menurutnya, bantuan backhoe mendalamkan parit dilakukan agar takungan air menjadi banyak dan tidak menggangu operasi.
“Pemadaman berjaya ditingkatkan dari 40 ekar ke 60 ekar, Namun, pemantauan udara menggunakan drone mendapati asap masih banyak berikutan terdapat kawasan mempunyai kayu tunggul dan tanah gambut sekitar 10 ekar,” ujarnya.
Katanya setakat ini juga pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkenaan kebakaran tersebut di kawasan penempatan penduduk. – KOSMO! ONLINE
The post Lebih 28 hektar ladang nanas kosong terbakar appeared first on Kosmo Digital.