Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Polis Bogor, wilayah Jawa Barat giat mengesan sejumlah penduduk mengambil wang palsu, yang sebelum itu ditemukan berselerak di tepi jalan, lapor laman berita Kompas semalam.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, sejumlah wang bernominasi 100,000 rupiah (RM25) ditemukan di tepi sebatang jalan di Kampung Babakan.
Penemuan itu menggemparkan penduduk setempat sebelum mereka datang beramai-ramai untuk mengambil wang tersebut.
“Polis menerima laporan daripada penduduk sekitar pukul 3.30 petang (waktu tempatan).
“Wang palsu itu ditemukan di dalam bungkusan plastik di tepi jalan,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Bogor, Inspektor Yulista.
Namun, Yulista berkata, sejurus polis tiba di lokasi, pihaknya tidak menemukan barang bukti kerana wang tersebut telah diambil oleh sebilangan penduduk.
“Siasatan awal mendapati bahawa wang itu adalah palsu. Ia sengaja dibuang oleh individu yang tidak dikenali.
“Polis juga sedang mengenal pasti identiti penduduk setempat yang mengambil wang tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah, siasatan dilakukan untuk mengenal pasti pelaku. – AGENSI
The post Polis cari penduduk kutip wang palsu tepi jalan appeared first on Kosmo Digital.