Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru merayu orang ramai khususnya pemilik darah kumpulan B untuk tampil menderma susulan peningkatan penggunaan darah yang dilaporkan pada minggu ini.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook Jadual Kempen Derma Darah Johor Bahru, pihak hospital memaklumkan bahawa stok darah jenis tersebut semakin berkurangan dan memerlukan sumbangan segera bagi menampung keperluan pesakit.
“Penderma darah group B dimohon datang menderma di HSA. Penggunaan meningkat pada minggu ini,” menurut hantaran itu semalam.
Seruan tersebut menerima ribuan tanda suka dan dikongsi lebih 1,500 kali oleh orang ramai dan rata-ratanya turut mengajak rakan serta ahli keluarga yang layak untuk tampil membantu.
Di ruangan komen, seorang pengguna, Nur Fatin Amirah bertanya mengenai kelayakannya untuk menderma kerana masih menyusukan anak berusia setahun tujuh bulan.
Wanita itu menyatakan hasrat untuk kembali menjadi penderma aktif selepas lama tidak berbuat demikian.
“Kalau breastfeed (menyusukan) anak boelh derma ke? Dah lama la tak menderma. Nak jadi penderma aktif semula,” katanya.
Melihat kepada komen balas pengendali akaun Facebook, Jadual Kempen Derma Darah Johor Bahru itu, pihaknya memaklumkan wanita tersebut layak untuk menderma.
“Boleh puan,” balasnya.- KOSMO! ONLINE
The post Penderma darah kumpulan B diperlukan segera di HSA appeared first on Kosmo Digital.