Auto Added by WPeMatico

![]()
DUNGUN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu membuat siasatan dakwaan penganiayaan seekor kucing dilakukan dua kanak-kanak yang didakwa berlaku di daerah ini.
Pengarah JPV negeri, Dr. Anun Man berkata, pihaknya telah menerima lebih 300 aduan berkaitan kejadian itu berikutan penularan klip video berkaitan yang berdurasi 18 saat di media sosial.
“Kita memandang serius perbuatan zalim terhadap haiwan dan akan menyiasat segera secara menyeluruh.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015. Perlindungan kebajikan haiwan merulakan tanggungjawab bersama,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, tular klip video yang memaparkan seekor kucing dianiaya dua kanak-kanak, hingga mencetus kemarahan netizen.
Berdasarkab klip video tersebut, salah seorang kanak-kanak dilihat menarik tali yang diikat pada leher kucing sebelum seorang lagi kanak-kanak beberapa kali menyepak dan memukul kepala kucing tersebut menggunakan selipar.
Tindakan dua individu yang dipercayai merakam video tanpa melarang perbuatan kanak-kanak tersebut juga
dipersoalkan netizen dan dianggap tidak berperikemanusiaan. – KOSMO! ONLLINE
The post JPV siasat insiden dua budak aniaya kucing appeared first on Kosmo Digital.
