Auto Added by WPeMatico

KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menunda ‘kapal hantu’ yang hanyut menghampiri kawasan Pelantar Semangkok A sejak Selasa lalu ke Pangkalan Bekalan Kemaman, (KSB) di sini, sebentar tadi.
Difahamkan, kapal tersebut sebelum ini terbakar dan menyebabkan seorang kru kapal warga Indonesia maut manakala empat lagi cedera kejadian di perairan Tanjung Sedili Kecil, dekat perairan Johor Timur, Kota Tinggi, Johor pada 6 Ogos lalu.
Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Mazlan Mat Rejab berkata, proses menunda kapal berkenaan mengambil masa lebih dua hari selepas melalui perjalanan sejauh kira-kira 259.28 kilometer dan tiba di KSB pada pukul 11.30 pagi tadi.
“Kapal ini akan menjalani pemeriksaan keselamatan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu dan Pahang terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil.
“Selepas itu, pasukan penyelamat lain termasuk polis akan masuk ke dalam kapal itu untuk memeriksa sekiranya masih terdapat mangsa di dalam kapal itu sebelum siasatan penuh dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Zon Maritim Kemaman, di sini hari ini.
Mazlan berkata, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia juga telah diterbangkan menggunakan pesawat helikopter Westar AW139 dari Kerteh di sini ke Platform Larut.
Kosmo! Online semalam melaporkan sebuah ‘kapal hantu’ dengan kesan terbakar yang hanyut di perairan Terengganu berhampiran Pelantar Minyak Semangkok A sejak 12 Ogos lalu berjaya dikawal dalam operasi bersepadu yang dikoordinasi APMM. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] ‘Kapal hantu’ hampir langgar pelantar minyak berjaya ditunda appeared first on Kosmo Digital.