Auto Added by WPeMatico

![]()
PONTIAN – Suasana pilu menyelubungi unit forensik Hospital Pontian dipenuhi oleh ahli keluarga bagi menuntut jenazah mangsa tragedi runtuhan dan kebakaran kren di Stesen Janakuasa Arang Batu Malakoff, Tanjung Bin, di sini, semalam.
Mereka ialah Allahyarham Muhammad Alfarid Ahmad, 19, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan Allayarham Muhammad Amaluddin Hishamuddin, 24, beralamat di Taman Nusa Perintis , Gelang Patah.
Jenazah Allahyarham Muhammad Alfarid dituntut oleh abangnya, Muhamad Faris yang berkerja sebagai guru di Ulu Tiram, Johor Bahru.
Jenazah dibawa keluar daripada unit forensik pada pukul 1 tengah hari seterusnya dibawa ke Kelantan dengan menggunakan van jenazah daripada Pertubuhan Teraju Ehsan Ayer Baloi.
Sementara itu, jenazah Allahyarham Muhamad Amaluddin Hishamuddin dituntutnya oleh bapanya, Hishamuddin Sulaiman bersama ibunya, Aminah Kemat sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Nusa Perintis pada pukul 2 petang setelah selesai melalui proses bedah siasat di Hospital Pontian.
Menurut bapanya, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah namun akan dibawa pulang ke rumahnya terlebih dahulu.- KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Jenazah mangsa kren runtuh dituntut keluarga masing-masing appeared first on Kosmo Digital.