Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di Sarawak dan Sabah petang ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru) dan Limbang,” katanya.
Cuaca buruk itu turut dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat, angin kencang di Sabah, Sarawak appeared first on Kosmo Digital.


