Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Polis membongkar kewujudan mini kasino yang berselindung di sebuah unit kondominium di kawasan Sentul, semalam.
Operasi bermula pukul 10 malam itu dijalankan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bersama D7 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
Menurut JSJ KL, operasi mini Kasino itu sudah mula aktif bermula penghujung November tahun lalu, namun tidak didalangi oleh mana-mana sindiket.
“Premis beroperasi di perumahan kondominium yang disewa dan sasaran pemain adalah kenalan rapat sahaja atau jemputan tertentu bagi mengelak dikesan oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, JSJ KL berkata, hasil serbuan berjaya menahan 18 individu terdiri daripada 14 lelaki dan dua wanita tempatan serta dua wanita masing-masing warga Vietnam dan warga Thailand.
“Polis turut merampas sebuah meja poker, lapan kerusi, 52 keping daun terup termasuk 625 cip pelbagai warna yang bernilai RM19,325.
“Kesemua yang ditahan direman selama dua hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Mini kasino dalam kondo terbongkar, 18 individu ditahan appeared first on Kosmo Digital.